Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Para asatiz dan asatizah yang dihormati, insya-Allah satu sesi selama 1 jam tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) akan diadakan pada Jumaat 6 November 2026. Sesi ini menyentuh soalan berkaitan pengajian, pengajaran, dakwah dan urusan harian, serta aspek keselamatan dan adab penggunaannya. Mohon jasa baik tuan/puan meluangkan lebih kurang 8 minit untuk menjawab borang ini sebelum 10 pagi, 6 November 2026. Tuan/puan tidak perlu mempunyai pengalaman menggunakan AI untuk menjawabnya.